A'kum w.b... Rasa cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dan anugerah Allah yang diberikan kepada setiap insan. Dengan rasa cinta dan kasih sayang inilah terbinanya kehidupan dan tamadun umat manusia yang cemerlang. Cinta juga merupakan tabiat manusia terhadap sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmaniah mahupun rohaniah. Nafsu cinta iaitu usaha untuk memenuhi keinginan jasmaniah seseorang terhadap orang lain atau keinganan untuk menjalinkan hubungan lelaki terhadap seorang wanita. Jika kita ingin kepada makanan dan minuman tertentu yang kita sukai namanya selera, kemudian jika kita suka terhadap haiwan tertentu,itu dinamakan sayang. Jangan kita katakan cinta terhadap haiwan dan sebagainya.
Cinta, kasih, sayang, selera, simpati dan sebagainya itu merupakan bahagian yang termasuk dalam naluri manusia. Ada pula orang yang mengatakan bahawa cinta itu buta. Ertinya bila seseorang jatuh cinta maka ia akan kehilangan kemampuan untuk berfikir secara wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga mereka merasa buta untuk melakukan pekerjaan yang lain. Cinta itu buta dapat juga diertikan cinta itu mengandungi kesetiaan, kerana apabila ia telah jatuh cinta terhadap seseorang maka fikiran dan matanya buta terhadap yang lain. Cintanya bertujuan terhadap seseorang yang menjadi pilihannya semenjak dari awal, tak peduli apakah bentuknya cantik atau cacat.
Jadi perasaan cinta yang tumbuh dalam sanubari anda tersebut bukanlah suatu dosa, melainkan proses fitrah yang sedang berjalan dalam kehidupan anda. Cuma saja diharapkan tidak menyalahkan fitrah tersebut dengan memberikan ruang-ruang syaitan untuk menguasai diri kita. Berdoalah kepada Allah jika lelaki tersebut merupakan pasangan yang terbaik untuk anda maka mohonlah agar dipertemukan jodoh dengannya, namun sebaliknya jika ia bukan yang terbaik maka bermohonlah agar ia dijauhkan dari kehidupan anda meskipun rasa cinta yang bergelora menusuk setiap nadi anda. Sebab ketentuan Allah untuk kita itu lebih baik dan lebih bermanfaat dari kehendak nafsu dan diri sendiri.
Inilah ada cara yang terbaik sekali bagi sesiapa yang mempunyai kesulitan dalam persahabatan ataupun merasa bahawa pasangannya itu adalah amat sesuai baginya tetapi tidak pasti. Maka mintalah petunjuk dari Allah. Tunaikanlah sembahyang hajjat ataupun berdoalah setiap hari selepas sembahyang dan mintalah petunjuknya untuk mengenangkan hati kita yang sepi ini. Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang dan apabila seseorang hambanya meminta sesuatu dari tuhannya, Allah tidak akan lupa permintaan hambanya... Janganlah berdoa dengan Allah as a "last resort" apabila semua yang telah dicuba tidak mengeluarkan hasil. Berdoalah dengan Allah dan Dia akan mengabulkan segala permintaa kita semua... Insya'Allah. Listed below is a song sung by my favourite nasyid singer Sulis from Cinta Rasul. This song can be used as a doa for our daily uses...
KUASA ILLAHI (Ya THOYBAH)
Ya Allah ya Rohman ya Robbi ya Ilahi
Ya Allah, dengarlah pintaku
Ya Ilahi, pandanglah kami
Ya Rasul ya Rasulalllah

No comments:
Post a Comment