Hari Ibu semakin dekat dan saya akan meletakkan sebuah muzik video mengenai ibu yang dinyanyi oleh Haddad Alwi Dan Sulis. Lagunya berjodol "Ummi". Ia adalah ibu dalam bahasa Arab. Kita harus menjaga hati ibu kita kerana doa seorang ibu akan cepat dikabulkan oleh allah kerana dialah kita lahir di dunia dan kesayangan seorang ibu terhadap anaknya itu tidak boleh dikira dan kerana itulah Allah menyuruh kita untuk selalu membuat kebaikan terhadap kedua ibubapa kita sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al- Isra' Ayat 23 & 24:
"Allah telah mengamanatkan kepada manusia untuk tidak menyembah kecuali Allah dan senantiasa membuat kebaikan pada ibu/ayah, lebih-lebih bila salah satu/ keduanya telah menginjak usia tua, jangan sekali-kali berkata cis/ bersuara keras pada mereka melainkan berkatalah dengan penuh hormat" (Al- Isra' Ayat 23)
Sayangilah mereka selalu dan janganlah kerana Hari Ibu kita akan sayang dia tetapi apabil Hari Ibu telah lepas, kita menyakiti hati ibu. Sayangilah dia setiap hari kerana doanya ibu terhadap anaknya adalah amat berkat sekali.

No comments:
Post a Comment