__________________________________________
Alhamdullilah... Dengan hadrat dan rahmatnya Allah swt, negeri Singapura yang kita amat menyayangi ini selamat dari bencana-bencana yang Allah telah menurunkan kepada negeri-negeri yang lain. Namun, kita juga masih tidak selamat dari Qadha dan Qadar Allah yang buruk. Tujuan saya membicarakan perkara ini adalah kerana saya telah melihat di Discovery Channel mengenai bencana Tsunami yang telah melanda Banda Aceh dan saya amat terharu dan sepi melihat adegan tersebut membuat diri saya lemah melihat kebesaran Allah s.w.t. Ia juga membuat saya insaf kepada perkara-perkara yan kita semua telah buat yang menginkari arahan Allah s.w.t. Salah satunya adalah Sholat. Saya juga tidak selamat dari godaan syaitan yang mahu menggoda ummatnya Nabi Muhammad s.a.w supaya tidak menyembah kepada Allah s.w.t. Tetapi Allah s.w.t telah membuka hati saya dengan menunjukkan kebesarannya terhadap sesiapa yang menginkari arahannya dan apa balasannya bila mahu menghadap sakratul maut. Sekarang, saya harap, dengannya rahmat Allah s.w.t yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih akan mengampuni dosa-dosa saya, keluarga saya dan juga kawan-kawan saya. Insya'allah.
Mengenai tsunami tadi, para saintis telah meramalkan bahawa negeri USA akan dilanda oleh bencana tsunami yang lebih dahsyat dari tsunami banda aceh. Namun ramalan itu tidak mungkin betul kerana kemungkinan ia tidak akan melanda USA tetapi melanda negeri kita ini. Kita tidak tahu apakah Qadha dan Qadar kita. Saya cuma harap dan berdoa supaya ia tidak akan belraku kepada negeri yang saya amat sayang ini. Kedudukan Singapura telah bergerak semakin dekat ke zone earthquake menurut pengumuman NASA.
Saya harap Allah s.w.t tidak akan putuskan rahmatnya dari negeri kita ini. Insya'allah. Dan saya mohon ya allah, untuk ampunkan dosa-dosa seluruh ummat islam di singapura ini dan saya tahu bahawa kita telah banyak menginkarimu... Tolonglah ampunkan dosa-dosa kami... Allahuakbar!!!

No comments:
Post a Comment