_______________________________
Bab Hukum Jenayah Minum Arak
Arak ialah sejenis minuman keras. Di dalam agama islam, Allah s.w.t telah mengharamkan orang-orang islam untuk meminum kerana ia boleh menghilangkan akal fikiran mereka. Apabila seseorang itu telah meminum arak, dia akan lupa kepada tuhan, mereka juga akan mencela, memaki dan akan membuka rahsia sendiri ataupun orang lain akibat dia telah mabuk dan kerana itulah meminum arak itu DIHARAMKAN oleh agama kita.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah, ayat 90: "Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala-berhala dan bertenung adalah najis hukumnya. Semuanya adalah dari perbuatan syaitan, maka sebab itu jauhilah dia mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan."
Orang-orang yang sudah meminum arak dan ia tahu bahawa arak itu haram hukumnya, maka hadnya ialah untuk dipukul 40 kali dan boleh sampaikan ke 80 kali untuk memberi malu kepada si peminum arak itu.
Dari Anas r.a bahawa Nabi s.a.w dalam perkara minum arak telah mencabuk(pukul) dengan ranting kurma dan dengan terompah, kemudian mencabuk pula Abu Bakar sebanyak 40 kali cambuk. Tatkala sampai ke masa Khalifah Umar, dan manusia telah dekat ke desa-desa dan kampung-kampung, ia bertanya: "Bagaimana pendapatmu dalam perkara mencambuk orang minum arak?" Maka menjawab Abdur Rahman bin Auf: "Aku berpendapat bahawa engkau melakukan hukum minum arak itu seperti hukumnya had yang paling ringan. Maka Umar mencambuk sebanyak 80 kali cambuk."
Riwaya Bukhari dan Muslim.
Jikalau seseorang itu telah meminum minuman keras hingga ke tig kali dan jikalau dia tidak juga berhenti meminumnya, maka bolehlah ia dipenjarakan dan diperkenakan hukuman sebat dan bagi mereka yang telah ketagih dengan meminum arak, ia diperbolehkan untuk dijatuhi hukuman pancung.
Ada sesetangah manusia yang mengaggap bahwa arak itu adalah ubat tetapi arak bukanah ubat tetapi adalah penyakit. Arak tidak mendatangkan apa-apa faedah pun ia hanya mendatangkan penyakit.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Dari Wail Al-Hadrami, bahawa, Tharik bin Suwaid r.a pernah bertanya kepada Nabi s.a.w tentag arak yang digunakan untuk ubat. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: "Arak ini bukan ubat , tetapi penyakit."
Riwayat Muslim dan Abu Daud
Sabda Rasulullah s.a.w pula:
Dari Ummu Salamah r.a dari Nabi s.a.w beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan ubatmu pada barang yang diharamkan ke atasmu.
Janganlah sekali-kali meminum arak kerana ia adalah salah satu dosa dan arak ini adalah ibu segala maksiat. Ingatlah larangan Allah s.w.t dan balasan bagi peminum arak adalah amat dahsyat sekali. Kepada sesiapa yang meminum arak, di akhirat nanti, logam yang telah dicairkan akan dituang ke dalam si mulut peminum arak dan tubuhnya akan hancur dan ini adalah balasan terhadap mereka yang meminum arak. Semoga kita tidak dimasukkan ke dalam kategori itu. Insya'allah.

No comments:
Post a Comment