__________________________________________
Bab Beristeri Lebih Dari Seseorang
Di dalam agama islam, lelaki hanya dibenarkan mengahwini 4 wanita dan tidak boleh mengahwini lebih dari 4. Ramai akan bertanya kenapa agama kita membenarkan seseorang lelaki itu mengahwini lebih dari satu. Ini kerana apabila seseorang itu telah diberi hak kahwin dengan seorang isteri saja sedangkan keadaan jasmaninyademikian rupa dan isterinya tidak dpat melayani suaminya dengan sepenuhnya kerana badan si isteri itu lemah dan sebagaimananya. Dalam keadaan seperti ini, ia diberikan untuk mengahwini lebih dari satu.
Hal ini sesuai dengan firmannya Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa' ayat 3:
" Maka bolehlah kamu nikahi perempuan yang menurut pandanganmu adalah baik, dua atau tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil di antara mereka, maka kahwinlah seorang sahaja."
Keterangan:
Dari Ibnu Umar r.a bahawa Ghailan Bin Salmah As-Saqafi telah masuk Islam. Di waktu ia masih Jahiliah, isterinya ada sepuluh orang. Isteri-isterinya itu Islam semua beserta dia. Lantas ia disuruh oleh Rasulullah s.a.w untuk memilh empat orang di antara mereka.
(Riwaya Tirmizi dan Ibnu Majah)
Dari 10 itu, hanya empat sahaja yang boleh ia kahwin bahkan yang 6 itu harus diceraikan.
Ramai akan bertanya kenapa Rasulullah dibenarkan mengahwini lebih dari 4. Ini adalah kerana dia mempunya kelebihan dalam soal perkahwinan ini dari manusia biasa. Beliau dibolehkan kahwin sampai 9 orang isteri.
Keterangan:
Dari Anas r.a ia berkata: "Adalah Nabi s.a.w bergiliran datang kepada isteri-isteri beliau satu- satu malam. Dan beliau ketika itu beristeri sembilan orang."
(Riwaya Bukhari dan Muslim)
Keterangan Yang Lain:
Dari Aisyah r.a ia berkata: "Tidaklah diwafatkan Nabi Muhammad s.a.w hingga Allah telah menghalalkan baginya mengahwini wanita berapa beliau sukai."
(Riwaya Nasai)
Ini hanya dikecualikan buat Nabi sendiri. Rahsia dan hikmatnya amat banyak sekali. Terutama adalah demi kepentingan kelancaran perkembangan agama Islam.

No comments:
Post a Comment